๐๐JENIS-JENIS SYAFAAT RASULULLAH SAW๐๐
1. Syafaat ‘Uzhma, saat manusia berdiri di hari kiamat dan mereka sangat memerlukan untuk segera dimulakan perhisaban. Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam yang berhak untuk memberikan syafaat ini.
2. Syafaat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam untuk kaum yang kebaikan dan keburukannya sama sehingga dapat masuk Jannah.
3. Syafaat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam untuk kaum yang telah diperintah untuk masuk ke neraka, agar tidak jadi masuk kedalamnya.
4. Syafaat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam untuk penduduk syurga agar dinaikkan darjat/tingkatannya di Jannah.
5. Syafaat Nabi Muhammad Shollalahu Alaihi Wasallam untuk kaum agar masuk Jannah tanpa hisab tanpa azab.
6. Syafaat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam bagi orang yang mendapat azab agar diringankan azabnya.
7. Syafaat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam agar seluruh kaum muslimin diizinkan masuk Jannah.
8. Syafaat untuk pelaku dosa besar yang masuk neraka untuk dikeluarkan dan masuk Jannah. Syafaat ini juga boleh dilakukan oleh Malaikat, Nabi yang lain, syuhada' mahupun kaum mukminin (orang solih).
(Syarh al-Aqiidah atThohaawiyyah karya Ibnu Abil Izz al-Hanafiy (halaman 196-201)
๐นSemoga Allah mengurniakan kita rahmatNya dan syafaat Baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak.
๐๐ Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari๐๐
No comments:
Post a Comment